Showing posts with label Jawi. Show all posts
Showing posts with label Jawi. Show all posts

May 17, 2016

Siri Bacaan Bertahap Cepat Membaca Jawi - Bacalah Jawi Ameen

Ini ada satu lagi koleksi buku Jawi yang sangat menarik ingin saya kongsikan. Jika sebelum ini saya ada tuliskan tentang siri buku Ibu Ajarku Jawi. Jika dibuat perbandingan, kandungan buku Ibu Ajarku Jawi adalah lebih ringkas, manakala siri Bacalah Jawi Ameen ini pula lebih terperinci dan boleh dikatakan lengkap untuk digunakan sebagai bahan bantuan untuk ajar anak-anak kita membaca Jawi.


Buku ini merupakan hak cipta dan terbitan Al-Ameen Serve Hodings Sdn Bhd. Set Jawi Ameen mengandungi lapan buah buku kesemuanya. Dan setiap satu adalah berharga RM8.90. Buku ini tidak terdapat di kedai-kedai buku yang biasa. Untuk mendapakan buku ini, perlu melalui online di www.ameenbooks.com.my/.Buku ini juga  boleh dibeli secara set dengan harga RM75 untuk kesemua buku. Jika nak dibandingkan dengan buku Bacalah Anakku, buku Jawi Ameen ni lebih tebal sedikit.


Buku ni juga terdapat ilustrasi menarik. Kaedah yang diguna untuk buku ini pulak sama seperti Bacalah Anakku dan Read Easy iaitu kaedah fonemik. Membaca dengan mengenali bunyi-bunyi huruf. Sebenarnya, Ameen juga ada koleksi buku untuk membaca dalam bahasa melayu dan in English iaitu buku Cepat Baca dan I Can Read. Konsep yang sama digunakan iaitu fonik atau fonemik.

Untuk buku satu, anak-anak akan diajar bunyi-bunyi huruf.  


Seperti buku Bacalah Anakku, untuk memastikan keberkesanan penggunaan buku ini, ibu bapa perlu lah mahir dalam sistem fonik. Iaitu bunyi huruf dan bagaimana gabungan bunyi huruf boleh membentuk perkataan.

Buku satu juga memperkenalkan watal-watak utama dalam siri buku ini iaitu Ana, Umi dan Sali. Siri ini memaparkan kisah-kisah tertentu dalam setiap buku.


Ayat-ayat yang diguna dalam buku ini juga berulang-ulang. Konsep begini adalah sama seperti dalam buku Peter and Jane. Ini bertujuan supaya anak-anak menjadi semakin mahir menyebut perkataan-perkataan tertentu. Perkataan-perkataan baru juga akan diperkenalkan di muka surat tertentu buku-buku ini. Ayat-ayat juga akan menjadi bertambah panjang dari buku satu ke buku lapan. Ayat-ayat yang pendek sudah tentu adalah untuk menggalakkan anak-anak minat membaca Jawi. Manakala ayat-ayat yang lebih panjang adalah supaya anak-anak semakin mahir membaca Jawi.


Sebenarnya juga, kalau anak-anak sudah biasa membaca Iqra' dan biasa belajar Bahasa Arab, mereka juga akan menjadi lebih mudah untuk menguasai Jawi. Ini kerana huruf-furuf Jawi dan Iqra' tiada bezanya. Cuma ada beberapa penambahan sahaja dalam huruf Jawi.

Apa yang paling saya suka tentang buku ini adalah kerana tiada tulisan rumi di bawah jalan cerita buku ini. Ini kerana ada juga buku yang saya lihat terdapat tulisan rumi di bawah tulisan Jawi. Ini agak menyukarkan untuk saya mengajar anak membaca Jawi kerana anak kadang-kdang cenderung untuk membaca tulisan rumi berbanding tulisan Jawi. Tapi dengan buku ni, anak-anak akan lebih fokus untuk membaca tulisan Jawi.


   

May 14, 2016

Ibu Ajarku Jawi

Nak ajar anak pandai baca Jawi? Buku Ibu Ajarku Jawi adalah antara buku terbaik yang boleh dijadikan asas untuk ajar anak-anak kita membaca Jawi.
 
 
Buku ini menggunakan pendekatan suku kata, yang mana anak-anak akan diajar untuk membaca suku kata. Dan daripada gabungan suku kata membentuk perkataan yang mudah. Daripada gabungan perkataan pula terhasil ayat dan cerita yang ringkas.


Penerbit buku ini adalah ZBA Media. Set buku ini mengandungi 7 buah buku yang bersaiz sepeti buku Bacalah Anakku dan Read Easy. Set buku ini berharga sekitar RM33. Saya beli buku ni di kedai buku online. Saya juga ada ternampak buku ni di kedai buku Pustaka Rakyat. Dan rasanya kedai-kedai buku yang lain juga ada terdapat buku ni. 
 
Bagusnya buku ni sebab selain perkataan Jawi yang mudah, ada juga ilustrasi menarik. Kandungan dan tulisan juga berwarna. Jadinya anak-anak In shaa Allah lebih tertarik untuk terus baca buku ni.


Di dalam buku 1, anak-anak akan diajar huruf-huruf jawi yang membentuk bunyi a.. i.. u... Seterusnya anak-anak diperkenalkan dengan huruf nun. Dan melalui gabungan huruf nun dengan a.. (Alif) i.. (Alif, Ya) u.. (Alif, Wau), anak-anak akan membentuk suku kata na..ni..nu... Kemudian daripada suku kata tersebut, anak-anak diajar membaca perkataan-perkataan Jawi yang mudah. Dan di akhir buku, anak-anak akan diajar membaca ayat yang ringkas. Konsep yang sama diguna di dalam buku ke 2 hingga 7 dengan menggunakan binaan suku kata yang lain pula.


Ada juga suku kata yang tidak diperkenalkan dalam buku ini. Ini kerana suku kata-suku kata tersebut adalah jarang digunakan, jadi penulis buku berpendapat pengenalan kepada suku kata yang biasa digunakan sahaja akan lebih memudahkan anak-anak untuk menguasai bahasa Jawi. Seperti yang saya tulis, buku ini adalah asas, maka bunyi vokal yang diperkenalkan juga terhad kepada a.. i.. dan u.. yang membentuk suku kata ba.. bi... bu.., na..ni..nu.. dan lain-lain. Namun In shaa Allah, dengan menjadikan buku ini sebagai asas permulaan, anak-anak pasti boleh menguasai bahasa Jawi dengan lebih baik nanti.