Buku Hadi & Siti yang saya beli ini adalah buku-buku yang telah digabungkan menjadi sebuah buku. Sebabnya buku ni sebenarnya ada siri 1a, 1b, 2a... sehingga 6b iaitu berjumlah 12 buku kesemuanya. Jadi terpulang samada nak beli banyak-banyak buku atau satu buku sahaja yang gabungkan kesemua siri.
Harga buku yang saya beli ni adalah RM29.90 di MPH. Tak pasti pulak kalau yang banyak-banyak buku berapa harga setiap satunya.
Buku ni saya rasa amat sesuai untuk anak-anak yang dah mula kenal suku kata dan dah boleh mula membaca perkataan yang mudah dengan melalui penggabungan suku kata. Bagi anak yang belum boleh membaca suku kata atau baru saja nak mula belajar suku kata saya cadangkan untuk baca buku Bacalah Anakku dulu. Tentang itu akan saya coret di lain entry.
Berbalik pada buku Hadi & Siti,ia adalah kisah dua watak utama iaitu adik beradik Hadi dan Siti. Pelbagai kisah yang diceritakan seperti kisah mereka di sekolah, kisah mereka ke zoo, kisah mereka melawat ke rumah anak-anak yatim dan pelbagai lagi.
Bagusnya buku ni sebab bacaan adalah mengikut suku kata. Jadi bagi anak-anak yang masih dalam proses belajar membaca, buku ni sangat sesuai untuk melatih anak-anak membaca dengan lebih laju dan lancar. Anak saya sendiri pada awalnya untuk siri yang pertama bacaan dia agak perlahan tapi makin lama semakin lancar.
Buku yang saya beli ni adalah Buku 2. Saya cuba juga cari Buku 1 di kedai-kedai tapi tak jumpa pulak. Tak dapatlah saya nak bezakan antara Buku 1 dan 2 tu. Mungkin dari segi jalan cerita saja kot. Atau mungkin perkataan-perkataan dalam buku 1 lebih mudah.
Apapun buku ni memang menarik untuk dijadikan salah satu koleksi bahan bacaan awal anak-anak kita!
No comments:
Post a Comment