Agak susah jugak nak jumpa buku ni di Malaysia. Ada di Kinokuniya tapi selalu out of stock. Boleh beli di Lazada juga. Tapi yang saya beli ni online melalui facebook Little Bookworm. Harganya juga lebih murah berbanding tempat lain.
Yang saya beli ni set untuk Level 1-3. Buku ni ada sampai Level 6. Saya beli set buku ni dengan harga RM180. Ada 33 buah buku kesemuanya termasuk sebuah buku panduan untuk parents. Siri ni terbahagi pada dua iaitu buku phonics dan buku first stories. Untuk phonics anak-anak akan ditunjukkan perkataan-perkataan phonic yang mudah serta ada juga rhyming words.
Untuk buku-buku first stories pulak, perkataan-perkataan akan dibentuk menjadi simple sentence dan menghasilkan short stories yang menarik. Buku ni memang kena gaya kalau nak ajar anak-anak phonic step by step. Iaitu mula dengan yang mudah kepada perkataan yang lebih sukar.
Untuk Level 1 dan 2 ada 6 buku phonic dan 6 buku first stories setiap level. Manakala untuk Level 3 pulak ada 4 buah buku phonic dan 4 buah jugak buku first stories. So, jumlahnya 32 buku. Jadi 33 kalau campur dengan buku panduan.
Buku ni memang best sebab dia ada jalan cerita (untuk buku frist stories). Jadi anak-anak bukan setakat baca perkataan saja tapi jugak baca sentence dan short stories yang mudah difahami. Tambah lagi gambar pun cute. Watak utama dah tentulah Biff dan Chip iaitu adik beradik kembar lelaki dan perempuan, serta their little brother Kipper. Ada jugak watak dog nama Floppy.
Buku ni jugak sebenarnya diguna secara meluas di sekolah-sekolah tadika (Reception) kat oversea sana. Bermakna buku ni memang terbukti berkesan untuk ajar anak-anak membaca menggunakan phonic.
Kalau nak dibuat perbandingan antara buku ni dengan buku Read Easy, saya lebih prefer buku ni. Mungkin sebab buku ni ada jalan cerita dan watak-watak yang berkait di setiap level. Walo bagaimanapun saya tak nafikan yang buku Read Easy jugak banyak membantu anak saya belajar phonic. Atau mungkin jugak uolss boleh je beli both Read Easy and buku BC&K ni. Tak salah pun ada banyak-banyak buku kan? Membaca tuh jambatan ilmu. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment