Showing posts with label Sight Word. Show all posts
Showing posts with label Sight Word. Show all posts

May 22, 2016

Buku Sekolah Genius Aulad - Reading with Starter Words

Ini merupakan antara buku yang digunapakai di sekolah tadika Genius Aulad untuk english reading session. Buku ini terbitan Lemon Tree Academy Sdn Bhd dan juga Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd.



Siri buku ini terdiri daripada 12 tajuk utama yang menampilkan watak utama adik beradik Adam and Dina. Konsep buku ni sebenarnya serupa dengan buku Peter and Jane iaitu word recognition and word repetition. Pengenalan perkataan baru dan ulangan perkataan dalam konteks ayat yang berbeza untuk menambah kosa kata anak-anak. Siri buku ini bertujuan untuk develop vocabulary anak-anak, memperkenalkan high frequency words in the english language dan memperkenalkan simple sentence structure.


Jika buku Peter and Jane ada watak anjing bernama Pat, buku ini pula memperkenalkan watak kucing iaitu Kitty. Buku ini sebenarnya ditulis untuk disesuaikan dengan masyarakat melayu islam khususnya. Disebabkan itu antara paparan kisah yang ditampilkan adalah the family go to pray. Tambahan pula seperti yang sedia maklum, walaupun Genius Aulad mempraktikkan english medium, tadika ini juga merupakan Islamic kindergarten.


Seperti kebanyakkan buku berkonsepkan sight words yang lain, buku ini juga dimulakan dengan ayat berstruktur ringkas ke ayat yang lebih kompleks. Setiap tajuk akan memaparkan kisah-kisah tertentu seperti Our Happy Home, I Like to Play, At the Park, Come with Us to the Zoo dan lain-lain. Buku ini juga diselangselikan dengan gambar hitam putih. Sebenarnya, buku ini boleh dijadikan coloring book juga, kerana itu gambar yang dipaparkan adalah dalam bentuk black and white.


Bagi parents yang anaknya bersekolah di Genius Aulad, boleh lah mengadakan reading session yang menarik menggunakan buku ini bersama anak anda. Sekiranya anda tidak menggunakan buku Peter and Jane dan mahu mengguna sistem word recognition untuk ajar anak reading, buku ini merupakan alternatif terbaik. Happy reading everyone :)

May 19, 2016

Key Words with Robin

Buku ini berkonsepkan word recognition and word repetition, sama seperti buku Peter and Jane. Buku ini adalah terbitan Popular UK Pte Limited dan boleh didapati di kedai buku Popular dengan harga RM9.90 setiap satu (hard cover). 

Buku key words with Robin ni sebenarnya terdiri daripada siri tiga peringkat (three-level series) iaitu Easy Start (10 buku), Beginner (10 buku) dan Elementary (10 buku). Setiap siri mengandungi watak-watak utama yang  berlainan dengan kisah-kisah yang tertentu di setiap buku. Untuk post kali ni saya hanya akan memperkenalkan buku-buku dalam siri Easy Start dan Beginner sahaja. Kerana buku siri Elementary saya belum beli lagi. Anak saya sekarang masih dalam peringkat Beginner :)


Sebelum ni saya ada tulis tentang buku Key to Reading Robin: Sam and Anna yang juga mengguna konsep word recognition and word repetition. Buku buku ini sebenarnya adalah dari penerbit yang sama. Sama seperti Sam and Anna, anak-anak boleh menggunakan reader pen untuk membaca buku ni. Tak perlu beli reader pen yang lain. Boleh gunakan reader pen yang sama. Hanya perlu tunjukkan pen kepada tajuk buku ini. Dan tunjukkan pen pada + untuk kuatkan volume pen atau - untuk kurangkan volume.


Buku-buku yang terdapat dalam siri Easy Read adalah Fun in the Park, A Funny Dream, Pompom the Dog, Pompon Goes to School, Lily's New Bag, A Day at the Zoo, Making Friends, A Happy Time with Friends, We Like Candies, dan Out in the Sun. Watak utama dalam siri ini ialah adik beradik Lily dan Ben serta anjing mereka Pompom.

Untuk siri Beginner pula, tajuk-tajuk buku adalah A new Friend with a Parrot, Polly at the Funfair, Mark's Fun Time, A Journey in Space, The Animals on Fred's Farm, A Gift from Farmer Fred, Who Ate Kitty's Birthday Cake?, The "Bear" at the Camp, A Ride on the Plane dan The Gold Coin at the Magic Show. Watak utama dalam siri ni pula ialah adik beradik Kate dan Jon serta kawan mereka Kitty bersama parrot bernama Polly.

Seperti buku Sam and Anna, di awal buku, akan ditunjukkan new words. Jadinya anak-anak boleh la tunjukkan pen pada perkataan-perkataan tersebut untuk tahu bagaimana cara untuk menyebutnya. Dengan cara ini sebenarnya, anak-anak boleh membaca sendiri tanpa bantuan ibu bapa kerana mereka ada bantuan dari Reader Pen :)


Seperti buku Sam and Anna juga, di akhir muka surat pula ada language activity. Jadinya anak-anak akan lebih mahir dalam penulisan English serta faham konsep English sentences.


Di muka surat tertentu buku ni juga ada ruangan phonic atau rhyming words. Jadi secara tidak langsung anak-anak juga akan diajar untuk membaca mengguna kaedah phonic.


Buku ini akan dimulakan dengan ayat-ayat yang ringkas. Dan penggunaan perkataan yang berulang. Ayat-ayat dalam buku seterusnya akan lebih panjang dengan pengenalan kepada perkataan yang baru disertakan dengan ulangan perkataan daripada mukasurat sebelumnya. Melalui kaedah yang dipanggil word recognition and word repetition ni, anak-anak akan belajar untuk mengingat perkataan serta tahu untuk menyebut perkataan tersebut.
 
 

Ilustrasi dalam buku ini juga sangat menarik dan berwarna warni. Dengan itu anak-anak akan boleh mengaitkan gambar dengan jalan cerita. Anak-anak juga akan lebih faham maksud ayat yang dibaca. Dengan cara begini, tak adalah dia hanya tahu membaca sahaja, tapi tak faham isinya :) Sebaliknya anak-anak akan boleh baca serta faham sekali jalan cerita yang hendak disampaikan.


Buku ini juga boleh dibeli secara set dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan membeli buku satu demi satu. Ada juga dijual set beserta Reader Pen. Tapi kalau kita dah pernah beli Reader Pen sebelum ni, tak perlu lah beli lagi. Sebab seperti yang saya tulis tadi Reader Pen ni boleh dipakai untuk siri Robin yang lain juga. Harga Reader Pen yang saya beli bersama set buku Sam and Anna adalah RM99. Promosi katanya. Saya pun tak pasti berapa harga yang sebenar. Sekitar RM150 kot. Boleh ke kedai Popular berhampiran untuk maklumat lanjut ye.

Kalau tak ada budget boleh juga beli buku satu per satu ikut peringkat reading anak-anak kita. Untuk buku Sam and Anna memang saya beli set kerana nak dapatkan harga murah untuk pen tu. Tapi untuk buku Easy Start Key Words with Robin ni saya beli sikit sikit ikut progress reading anak. Harga sebuah adalah Rm9.90 sahaja.

Sebenarnya ada pelbagai lagi buku dalam Siri Robin ni. Jadi, silalah ke kedai buku Popular berhampiran untuk membuat pilihan. Jangan rambang mata pulak nanti nak pilih buku :)

October 14, 2015

Key to Reading Robin: Sam and Anna



Tajuk buku ni adalah Key to Reading. Saya panggil buku ni Sam and Anna je sebab itulah nama watak utama dalam buku ni. 
Konsep buku ni sama sebijik macam Peter and Jane iaitu Word Repetition Approach. Perkataan baru akan diperkenalkan dan penggunaan perkataan yang sama akan diulang-ulang supaya anak-anak boleh kenal dan ingat perkataan tu.

  

Di awal mukasurat buku ni, akan ditunjukkan sight words atau new words yang diguna. Di akhir mukasurat pula ada simple Language Activity. Basically, activity tu untuk ingatkan balik perkataan atau cerita yang dibaca sebelumnya.



Seperti buku Peter and Jane juga, perkataan-perkataan yang diguna dari buku 1 ke buku 5 akan bertambah. Dan sentence juga semakin panjang.


Buku ni sesuai untuk anak-anak umur 4 sehingga 7 tahun. Bagi mak ayah yang nak alternatif bagi buku Peter and Jane,korang bolehlah guna buku ni. Nak tambah koleksi bacaan anak pun boleh. Iyerlah kadang-kadang budak-budak cepat bosan. Asyik buku yang sama je kan.

Oh, penerbit buku ni ialah Popular UK Pte Ltd. Author for these books is Sarah Glading. Buku boleh dibeli di Popular Book Stores yer. Harga RM9.90. Boleh beli satu set terus jugak iaitu 5 buah buku sekaligus.

Yang agak membezakan buku ni daripada Peter and Jane adalah kita boleh guna Reader Pen untuk baca buku ni. Reader Pen adala seperti dalam gambar di bawah ni. Yang kat atas buku Phonics Readers tu, warna kuning biru.

  
Jadi, anak-anak boleh je tunjuk kan pen tu pada perkataan yang dia tak tahu, dan pen tu akan bacakan ayat yang mengandungi perkataan tu. Tapi tuh la kalau dia baca perkataan demi perkataan lagi bagus kan? Tapi kalau untuk anak-anak yang dah mula cekap membaca, tiada masalah rasanya. Di awal mukasurat pun ada perkataan demi perkataan yang pen boleh baca. Iaitu di bahagian "Key Words introduced are:"

Pen ni berharga RM99. Pun boleh dibeli di kedai yang sama. Oh, saya beli dengan harga tu semasa promosi. Jadi, ada diskaun. Harga sebenar tak pasti tapi rasanya below RM150. Mungkin ada yang kata apa barang pen lagi mahal dari buku. Buku baru 50 hengget je 5 buah. Iyer dok?

Jangan risau yer tuan, puan. Pen ni sebenarnya bukan saja untuk digunakan bersama buku ni. Malah boleh jugak digunakan untuk buku-buku Robin yang lain. Kalau korang ke laman web diorang  http://www.robinreaders.com/ kat situ korang boleh tengok senarai buku yang boleh diguna bersama pen ni. Ada banyak sangat uolls. Pilihan di tangan anda gitu. Jadi, agak berbaloi untuk beli pen ni. Pen dia guna bateri AAA jer uolls. And orang kedai tu yang akan donlod maklumat ke dalam pen. So tak payah risau macamana nak download ke hape. Sonang je. Just pay and read konsepnya. Hehe..

Illustrasi  dalam buku ni memang cartoon habis. Cute je watak watak dalam buku ni. Setiap buku ada kisah tersendiri seperti kisah Sam and Anna pergi school, pergi park dan lain-lain. 

Boleh la beli buku ni sebagai koleksi bacaan untuk anak-anak yang suka membaca dan cintakan buku! 

October 13, 2015

Ladybird Read with Me


Buku ni lebih kurang sama saja dengan buku Peter and Jane. Dah publisher nya pun sama, Ladybird. Author juga sama, William Murray. 
Kaedah yang diguna dalam buku ni sama dengan Peter and Jane iaitu Word Recognition dan Word Repetition. Kalau watak utama dalam buku Peter and Jane adalah adik beradik Peter dan Jane, buku ni pulak memperkenalkan dua watak utama adik beradik Tom and Kate. Peter and Jane ada watak dog bernama Pat. Buku ni pun ada uolss which is Sam the dog!


Perkataan-perkataan yang ada dalam kedua-dua buku ni jugak lebih kurang sama.


Boleh lah kalau uolss nak beli buku ni sebagai alternatif atau mungkin variasi bagi buku Peter and Jane. Konsepnya sama je korang. Cuma mungkin ilustrasi dalam buku ni nampak lebih moden dan lebih cartoon berbanding Peter and Jane. Dan boleh lah kalau korang nak uji, boleh tak perkataan yang anak-anak dah kenal dalam buku Peter and Jane, adakah dia boleh baca bila jumpa perkataan yang sama dalam buku ni pulak. Semestinya boleh punya! hehehe.. Oh, harga buku ni pun sekitar RM 9.90 ke RM10.90. Dengarnya kalau ada Big Bad Wolf boleh dapat buku ni dan juga Peter and Jane books sekitar harga RM6.90 saja! 




Buku Tom and Kate ni ada 17 buah kesemuanya (kurang berbanding Peter and Jane).Tulisan dalam setiap buku jugak berubah dari besar ke kecik mengikut tahap. Tapi perbezaan saiz tulisan tu tak ketara sangat macam buku Peter and Jane.



Apapun, buku ni memang permulaan yang bagus untuk tarik minat anak-anak untuk membaca!

Peter and Jane







Nak cari buku yang sesuai untuk anak tak susah sebenarnya. Tinggal lagi kita kena tahu apa buku yang boleh menarik minat anak kita serta menggalakkan dia untuk membaca dan terus membaca. Bila ingat balik, rasanya buku Peter and Jane ni lah yang mula memupuk minat anak saya untuk membaca (in English). Bukan saja memupuk minat anak, tapi jugak memupuk minat ibu untuk explore buku-buku yang sesuai untuk anak-anaknya. Hehehehe…

Buku Peter and Jane menggunakan recognition word method atau sight word method. Dengan kata lain buku ni ajar anak kita membaca dengan cara mengingat perkataan serta mengulang-ulang perkataan yang sama!




 Previous page "here is Peter and here is Jane"
 Next page "Peter is here and Jane is here"

Kaedah mengulang perkataan ni membolehkan anak kita untuk  mengingat macamana nak sebut perkataan tu dan dia akan boleh (In shaa Allah) baca perkataan tu jika jumpa perkataan yang sama di buku lain atau tempat lain.

Tulisan pada buku Peter and Jane juga berubah mengikut tahap. Semakin tinggi level semakin kecik la tulisan. Dan perkataan-perkataan jugak semakin bertambah!

                             


                          

Buku Peter and Jane ada 36 siri kesemuanya. Bermula 1a, 1b, 1c.... sehingga 12c. Publisher Ladybird.
Harga sebuah buku sekitar RM9.90 ke RM10.90. Kat mana nak beli? Buku ni memang famous uollss.. Jadi agak mudah nak cari di mana-mana kedai buku. Contoh MPH, Kinokuniya dan Popular Book Stores. Oh ya, kalau ada budget korang beli je kesemua siri sekaligus. Harga sekitar RM360. Tapi kalau kurang budget beli je sikit-sikit ikut reading progress anak. Bila dia dah habis satu buku boleh beli buku berikutnya. Ada jugak yang suggest kalau nak jimat tak perlu beli buku c. Sbb buku c adalah untuk latihan je. Yg reading adalah buku a dan b. Buku a akan perkenalkan perkataan-perkataan baru. Manakala buku b pulak akan ulang perkataan-perkataan dalam buku a dalam konteks ayat yang berbeza gittew.. 


Rupanya jugak buku ni memang dah lama wujud di pasaran. (Aku je yang baru tahu. Huhuhuhu).. Ada jugak parents yang kata dia sendiri pernah baca buku ni masa dia kecik-kecik dulu. Dan buku ni memang terbukti berkesan untuk ajar anak-anak membaca sedari umur tiga tahun. Kalau search kat youtube tuh banyak je video anak-anak yang sedang membaca buku Peter and Jane ni. Kagum ku melihatnya. Tapi, percayalah. Memang mudah untuk anak-anak membaca guna buku ni. 

Oh, ada parents/teachers yang lebih suka guna kaedah phonic instead of word recognition. Terpulanglah pada masing-masing. Sebenarnya saya dulu cuba ajar anak membaca guna kaedah phonic but somehow saya rasa agak sukar untuk anak saya faham kaedah phonic tu. (Itu akan saya coret di lain entry). Tapi bila dah nak masuk level buku yang lebih tinggi mudah pulak anak saya tu faham phonic. Jadi saya rasa buku ni memang boleh jadi asas yang bagus untuk ajar anak membaca!