Buku ini berkonsepkan word recognition and word repetition, sama seperti buku Peter and Jane. Buku ini adalah terbitan Popular UK Pte Limited dan boleh didapati di kedai buku Popular dengan harga RM9.90 setiap satu (hard cover).
Buku key words with Robin ni sebenarnya terdiri daripada siri tiga peringkat (three-level series) iaitu Easy Start (10 buku), Beginner (10 buku) dan Elementary (10 buku). Setiap siri mengandungi watak-watak utama yang berlainan dengan kisah-kisah yang tertentu di setiap buku. Untuk post kali ni saya hanya akan memperkenalkan buku-buku dalam siri Easy Start dan Beginner sahaja. Kerana buku siri Elementary saya belum beli lagi. Anak saya sekarang masih dalam peringkat Beginner :)
Sebelum ni saya ada tulis tentang buku Key to Reading Robin: Sam and Anna yang juga mengguna konsep word recognition and word repetition. Buku buku ini sebenarnya adalah dari penerbit yang sama. Sama seperti Sam and Anna, anak-anak boleh menggunakan reader pen untuk membaca buku ni. Tak perlu beli reader pen yang lain. Boleh gunakan reader pen yang sama. Hanya perlu tunjukkan pen kepada tajuk buku ini. Dan tunjukkan pen pada + untuk kuatkan volume pen atau - untuk kurangkan volume.
Buku-buku yang terdapat dalam siri Easy Read adalah Fun in the Park, A Funny Dream, Pompom the Dog, Pompon Goes to School, Lily's New Bag, A Day at the Zoo, Making Friends, A Happy Time with Friends, We Like Candies, dan Out in the Sun. Watak utama dalam siri ini ialah adik beradik Lily dan Ben serta anjing mereka Pompom.
Untuk siri Beginner pula, tajuk-tajuk buku adalah A new Friend with a Parrot, Polly at the Funfair, Mark's Fun Time, A Journey in Space, The Animals on Fred's Farm, A Gift from Farmer Fred, Who Ate Kitty's Birthday Cake?, The "Bear" at the Camp, A Ride on the Plane dan The Gold Coin at the Magic Show. Watak utama dalam siri ni pula ialah adik beradik Kate dan Jon serta kawan mereka Kitty bersama parrot bernama Polly.
Seperti buku Sam and Anna, di awal buku, akan ditunjukkan new words. Jadinya anak-anak boleh la tunjukkan pen pada perkataan-perkataan tersebut untuk tahu bagaimana cara untuk menyebutnya. Dengan cara ini sebenarnya, anak-anak boleh membaca sendiri tanpa bantuan ibu bapa kerana mereka ada bantuan dari Reader Pen :)
Seperti buku Sam and Anna juga, di akhir muka surat pula ada language activity. Jadinya anak-anak akan lebih mahir dalam penulisan English serta faham konsep English sentences.
Di muka surat tertentu buku ni juga ada ruangan phonic atau rhyming words. Jadi secara tidak langsung anak-anak juga akan diajar untuk membaca mengguna kaedah phonic.
Buku ini akan dimulakan dengan ayat-ayat yang ringkas. Dan penggunaan perkataan yang berulang. Ayat-ayat dalam buku seterusnya akan lebih panjang dengan pengenalan kepada perkataan yang baru disertakan dengan ulangan perkataan daripada mukasurat sebelumnya. Melalui kaedah yang dipanggil word recognition and word repetition ni, anak-anak akan belajar untuk mengingat perkataan serta tahu untuk menyebut perkataan tersebut.
Ilustrasi dalam buku ini juga sangat menarik dan berwarna warni. Dengan itu anak-anak akan boleh mengaitkan gambar dengan jalan cerita. Anak-anak juga akan lebih faham maksud ayat yang dibaca. Dengan cara begini, tak adalah dia hanya tahu membaca sahaja, tapi tak faham isinya :) Sebaliknya anak-anak akan boleh baca serta faham sekali jalan cerita yang hendak disampaikan.
Buku ini juga boleh dibeli secara set dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan membeli buku satu demi satu. Ada juga dijual set beserta Reader Pen. Tapi kalau kita dah pernah beli Reader Pen sebelum ni, tak perlu lah beli lagi. Sebab seperti yang saya tulis tadi Reader Pen ni boleh dipakai untuk siri Robin yang lain juga. Harga Reader Pen yang saya beli bersama set buku Sam and Anna adalah RM99. Promosi katanya. Saya pun tak pasti berapa harga yang sebenar. Sekitar RM150 kot. Boleh ke kedai Popular berhampiran untuk maklumat lanjut ye.
Kalau tak ada budget boleh juga beli buku satu per satu ikut peringkat reading anak-anak kita. Untuk buku Sam and Anna memang saya beli set kerana nak dapatkan harga murah untuk pen tu. Tapi untuk buku Easy Start Key Words with Robin ni saya beli sikit sikit ikut progress reading anak. Harga sebuah adalah Rm9.90 sahaja.
Sebenarnya ada pelbagai lagi buku dalam Siri Robin ni. Jadi, silalah ke kedai buku Popular berhampiran untuk membuat pilihan. Jangan rambang mata pulak nanti nak pilih buku :)
No comments:
Post a Comment