May 17, 2016

Apa itu Word Recognition?

Untuk ajar anak membaca/reading, banyak kaedah yang kita boleh gunakan seperti kaedah suku kata, fonik/fonemik dan kaedah word recognition.

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit dan secara ringkas mengenai kaedah word recognition atau word repetition sebagai kaedah untuk ajar anak reading in English.

Banyak jugak buku-buku yang menggunakan kaedah word recognition (pengenalan perkataan) atau word repetition (pengulangan perkataan) ni. Yang paling popular adalah buku Peter and Jane. Buku-buku lain pulak seperti buku Paul and Mary, Keywords Robin Sam and Anna dan pelbagai lagi.



Kaedahnya adalah melalui ulangan perkataan yang sama. Anak-anak akan diperkenalkan dengan perkataan baru. Dan penggunaan perkataan itu akan di ulang-ulang dalam konteks ayat yang berbeza. Bila anak-anak selalu lihat dan jumpa perkataan tu, anak-anak akan boleh mengenal bentuk huruf-huruf perkataan tersebut dan akan boleh mengingati cara bagaimana untuk menyebut perkataan tersebut. Dengan kata lain, anak-anak diajar untuk menghafal bentuk-bentuk perkataan dan bagaimana mahu menyebut perkataan tersebut. Dan sekiranya anak-anak terjumpa perkataan tersebut di tempat lain, surat khabar misalnya, anak-anak pasti akan boleh menyebut perkataan tu!

Ada juga yang teragak-agak dengan kaedah ini. Sebabnya, melalui kaedah ini anak-anak seolah-olah menghafal perkataan bukannya membaca perkataan. Saya sendiri pun pada awalnya kurang yakin dengan kaedah ni. Betul, melalui kaedah ini anak saya boleh menyebut perkataan tertentu tapi ia kelihatan seperti anak saya menghafal perkataan itu bukannya membaca. Rupanya, memang begitulah cara sistem ini berfungsi., Memang pada awalnya anak-anak mengahafal tapi lama-kelamaan anak-anak akan boleh membaca.

Seperti buku Peter and Jane. Untuk buku satu dan dua saya nampak yang anak-anak saya memang menghafal perkataan yang berulang-ulang. Tapi di peringkat seterusnya, walaupun ada perkataan baru, dan saya tidak pernah mengajar dia bagaimana untuk menyebut perkataan itu, anak saya sendiri boleh menyebut perkataan itu dengan betul. 

Tambahan pula, sistem ni memang dah lama diperkenalkan dan memang sudah terbukti keberkesanannya. Bagi anak-anak yang sukar belajar reading melalui kaedah phonic, saya cadangkan untuk guna kaedah ni dulu. Kaedah mengingat dan mengulang perkataan. Kemudian di peringkat yang lain boleh la pula ajar anak-anak untuk mengenal bunyi huruf-huruf serta kaedah fonik. 


  

No comments:

Post a Comment