Pernah tak terfikir nak bagi anak-anak anda yang masih di sekolah tadika untuk baca majalah? Tapi majalah apa yang sesuai yer? Kebanyakan majalah di pasaran memang ada yang sesuai untuk kanak-kanak. Tp cenderung untuk kanak-kanak sekolah rendah berumur 9 tahun ke atas, Contohnya seperti majalah Asuh, Celik, Upin Ipin, Disney dan macam2 lagi. Macam mana pulak kalau anak-anak masih kecil? Sedari umur 4 tahun mungkin.
Inilah dia majalah Tik Tok. Majalah untuk prasekolah anak-anak di Malaysia. Sesuai untuk anak-anak kita yang berumur empat hingga tujuh tahun. Isi kandungan majalah ni memang boleh menarik minat anak-anak membaca dan membuat latihan.
Ada pelbagai aktiviti. Ada ruangan untuk Matematik, English, Bahasa Melayu dan macam-macam lagi. Ada juga cerita pendek berbahasa melayu dan english untuk memupuk minat anak-anak untuk membaca.
Yg penting isi kandungan yang colourful. Memang seronok anak-anak kita baca dan buat latihan dalam majalah ni. Yg paling saya suka dalam majalah ni adalah ruangan kamus bergambar Tik Tok dengan tema berlainan setiap minggu. Boleh ajar dan tambah vocabulary anak-anak dalam bahasa melayu dan juga english.
Komik dan ruangan mewarna ada. Ruangan art dan kreativiti pun ada. Boleh ajar anak-anak menjadi lebih kreatif dan minat seni.
Ada juga ruangan Saya Anak Malaysia yg bertemakan pelbagai perkara yang berkaitan Malaysia untuk ajar anak-anak lebih mengenali dan tahu tentang tanah air mereka. Contohnya cerita pasal kemerdekaan, rukun negara dan cerita tentang bendera-bendera di Malaysia.
Majalah ni sebenarnya masih baru di pasaran. Setakat ni baru keluaran yg ke 14. Harga pulak memang berbaloi dengan isi kandungan. Cuma RM4.50 untuk Semenanjung dan RM5.50 untuk Sabah Sarawak. Oh ya majalah ni diterbitkan oleh Komikkita Studio dan diedarkan oleh EMZA Marketing. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku dan majalah. Sila beli orait?
No comments:
Post a Comment