October 13, 2015

Read Easy

Ok. Yang ini buku phonic. Pendekatan buku ni berbeza dengan Peter and Jane yang mana approach yang diguna dalam buku ini untuk mengajar anak-anak membaca adalah melalui phonic. Kalau korang biasa tengok buku Bacalah Anakku, yang itu untuk Bahasa Melayu, buku ni pulak untuk belajar reading in English.


Main distributor untuk buku ini adalah ReadNetwork dan authors buku ni ialah Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad.

Berbeza dengan kaedah word recognition yang mengajar anak-anak untuk mengingat perkataan, kaedah phonic akan latih anak-anak membaca melalui sounds blending. 
Kita biasa baca huruf A, B, C...Z sebagai A,B, C..Z kan? Tapi untuk phonic cara menyebut huruf-huruf tersebut adalah berbeza uolls..Contohnya A as ae, B as beh, C as keh and etc.
Jadinya bila anak-anak jumpa huruf-huruf c, a, t misalnya mereka akan menggabungkan bunyi-bunyi keh...ae...teh... maka terhasil lah cat... 



Memang pelik. In fact, saya sendiri tak berapa faham and tak berapa boleh nak terima kaedah fonik ni pada awalnya. Kalau diikutkan buku Read Easy ni adalah buku yang mula-mula saya beli sebelum Peter and Jane. Tapi buku ni terperam lama sebab mak nya tak reti guna. Hehehe.. Dan anak saya pun macam susah je nak faham phonic. But the truth is, I guess mak yang tak reti ajar anak phonic sebab tu anak jadi blur dan tak boleh terima. hehe..

But, surprisingly, bila buku Peter and Jane yang anak saya baca dah masuk level 4b, saya dapati mudah pulak anak saya faham phonic. Dan saya sendiri pun sudah semakin mahir dan familiar dengan kaedah phonic. Hamboi.. mahir gittew. 
Maka, bermula dari situ saya beralih kembali ke buku Read Easy ni dan diselang seli kan dengan buku Peter Jane serta Tom and Kate.

Sebab utama saya nak ajar anak saya phonic adalah saya dapati kaedah word recognition ni tidak ajar anak-anak betul-betul membaca perkataan. Sebaliknya ajar anak mengingat perkataan tersebut. Phonic sebaliknya uolls. Phonic memang ajar anak-anak membaca. But, of course both methods got their own pro and con. Tambah pulak, ada jugak perkataan yang kita tak boleh nak phonic kan. Masa ni lah kaedah word recognition atau sight word akan membantu.

Berbalik kepada buku Read Easy ni, terdapat tiga peringkat buku iaitu Beginner, Intermediate and Advanced. Korang boleh beli by peringkat atau boleh jugak beli satu set sekaligus. Siap dapat CD lagu Cory the Cat lagi. Beratus jugak harganya kalau beli full set tu. Tak sure berapa harga full set tu. Sebab saya beli Beginner set dulu. Budget kurang uolls.. Untuk Beginner set ada 8 buku kesemuanya. Harga bawah RM50. Tak berapa ingat sebab dah lama beli. Lepas tu peram.

Biasalah mana-mana buku akan bermula dengan perkataan yang senang-senang dulu. Lepas tu makin susah and ayat jugak makin panjang.

Macam buku Read Easy ni, untuk buku pertama perkataan-perkataan yang ada sangat simple. Contoh, cat, bat, cot. Cat and bat. Bat and cot. tot and cot. Baca sekali lalu pun dah boleh habis uolls. Untuk mak nya lah.. hehe.. Bagi anak-anak pulak, pun boleh ambik masa yang singkat saja untuk habiskan buku pertama ni.

Lepas tu makin lama and makin tinggi level, makin susah le perkataan nya. Iyer dok?



Apapun, my advice is, pastikan yang nak mengajar tu tahu dulu selok belok phonic sebelum boleh ajar anak-anak phonic ni. Hehe.. Selamat mencuba uolss!



No comments:

Post a Comment