October 13, 2015

Ladybird Read with Me


Buku ni lebih kurang sama saja dengan buku Peter and Jane. Dah publisher nya pun sama, Ladybird. Author juga sama, William Murray. 
Kaedah yang diguna dalam buku ni sama dengan Peter and Jane iaitu Word Recognition dan Word Repetition. Kalau watak utama dalam buku Peter and Jane adalah adik beradik Peter dan Jane, buku ni pulak memperkenalkan dua watak utama adik beradik Tom and Kate. Peter and Jane ada watak dog bernama Pat. Buku ni pun ada uolss which is Sam the dog!


Perkataan-perkataan yang ada dalam kedua-dua buku ni jugak lebih kurang sama.


Boleh lah kalau uolss nak beli buku ni sebagai alternatif atau mungkin variasi bagi buku Peter and Jane. Konsepnya sama je korang. Cuma mungkin ilustrasi dalam buku ni nampak lebih moden dan lebih cartoon berbanding Peter and Jane. Dan boleh lah kalau korang nak uji, boleh tak perkataan yang anak-anak dah kenal dalam buku Peter and Jane, adakah dia boleh baca bila jumpa perkataan yang sama dalam buku ni pulak. Semestinya boleh punya! hehehe.. Oh, harga buku ni pun sekitar RM 9.90 ke RM10.90. Dengarnya kalau ada Big Bad Wolf boleh dapat buku ni dan juga Peter and Jane books sekitar harga RM6.90 saja! 




Buku Tom and Kate ni ada 17 buah kesemuanya (kurang berbanding Peter and Jane).Tulisan dalam setiap buku jugak berubah dari besar ke kecik mengikut tahap. Tapi perbezaan saiz tulisan tu tak ketara sangat macam buku Peter and Jane.



Apapun, buku ni memang permulaan yang bagus untuk tarik minat anak-anak untuk membaca!

No comments:

Post a Comment