Dalam post yang sebelum ini, saya ada tulis tentang siri buku Read Easy yang berasaskan phonic. Itu untuk ajar anak-anak kita reading in english. Kalau untuk versi bahasa melayu nya pula penerbit yang sama i.e. One Stop Language & Computer Consultancy ada terbitkan siri phonic juga. Iaitu siri fonetik Bacalah Anakku. Pengedar utama Bacalah Anakku adalah ReadNetwork dan penulis buku ini adalah Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad.
Seperti yang saya tulis sebelum ini, untuk mengajar anak fonik, kita tidak akan memperkenalkan nama-nama huruf sebaliknya kita perlu mengajar anak-anak tentang bunyi-bunyi huruf. Contohnya a.. untuk A, i.. untuk I, u.. untuk U, nnnn.. untuk N, beh untuk B, mmm untuk M, sssss untuk S, peh untuk P dan sebagainya.
Maka untuk membaca sesuatu perkataan, anak-anak perlu menggabungkan bunyi-bunyi huruf yang terdapat dalam perkataan itu. Contohnya untuk perkataan buku. Bunyi huruf yang terlibat adalah gabungan beh dan u... menghasilkan bu. Dan gabungan keh dan u..menghasilkan ku. Maka wujudlah perkataan buku.
Seperti yang saya tekankan dalam post berkenaan Read Easy, untuk mengajar anak-anak phonic atau fonetik ibu bapa mestilah terlebih dahulu faham tentang kaedah dan fungsi sistem tersebut. Barulah boleh ajar anak-anak dengan lebih bagus lagi.
Buku Bacalah Anakku ni dimulakan dengan siri 1 yang memperkenalkan bunyi huruf vokal dulu iaitu a, i, u. Namun bunyi huruf e dan o tidak diperkenalkan lagi dan hanya akan diperkenalkan dalam siri yang lain. Kemudian anak-anak diperkenalkan dengan bunyi nnn serta bagaimana suku kata na ni nu akan terhasil melalui gabungan bunyi nnn dan a.., i.., u...
Dalam siri yang seterusnya lebih banyak lagi bunyi-bunyi huruf lain yang akan diperkenalkan. Dan ayat-ayat untuk dibaca anak-anak akan lebih panjang. Ayat juga ada yang diulang dari siri yang sebelumnya untuk menguji kebolehan membaca anak-anak.
Boleh dapatkan di kedai-kedai buku seperti MPH, POPULAR, Pustaka Rakyat, Hasani BookStore dan yang lainnya.
In shaa Allah, menggunakan buku ini, ibu bapa boleh mengajar anak-anak membaca dengan baik dan cepat.
No comments:
Post a Comment