September 12, 2017

Siri Bestari Pantas Membaca

Sebelum ini saya ada post tentang Siri Buku Pantas membaca. Boleh rujuk link https://scarbiosa.blogspot.my/2016/05/siri-buku-pantas-membaca.html.  Isi kandungan buku Siri Bestari Pantas Membaca ini pula sebenarnya sama sahaja dengan Siri Buku Pantas Membaca tu. Tajuk pun dah sama kan. Penerbit pun sama iaitu Early Learner Publications Sdn Bhd. 


Beza antara kedua siri ini hanyalah dari segi bilangan buku. Untuk Siri Buku Pantas Membaca, hanya ada satu buku sahaja di mana kesemua bab digabungkan menjadi satu buku. Bagi Siri Bestari Pantas Membaca pula, terdapat 8 buah buku kesemuanya yang mana setiap bab dipecahkan kepada satu buku. Namun, untuk isi kandungan bagi setiap bab adalah sama sahaja. Bilangan buku siri ini sama seperti buku-buku dalam siri Bacalah Anakku yang ada 8 buah buku kesemuanya.

Selain itu, buku Siri Bestari Pantas Membaca ini tidak ada CD. Berbeza dengan Buku Siri Pantas Membaca yang didatangkan sekali dengan CD. Harga setiap satu buku ni hanya RM4.50 sahaja. Siri ini berasaskan kaedah membaca suku kata berwarna serta mempunyai illustrasi bergambar.

June 15, 2016

Bahasa Arab - Teks Al-Aisar (Kaedah Mudah Berbahasa Arab)


Buku ini merupakan terbitan Al-Ameen Serve Holdings. Seperti buku-buku terbitan Al-Ameen yang lain, satu2nya cara untuk mendapatkan buku ini adalah dengan pembelian melalui pihak Al-Ameen itu sendiri. Boleh layari laman web ameenbooks.com.my untuk seleksi buku terbitan mereka.
Harga buku ni hanyalah RM16.90. Boleh juga dibeli secara set iaitu disertakan bersama buku Bahasa Arab – Lancar Al-Aisar 1 dan buku Bahasa Arab – Lancar Al-Aisar 2. Harga set adalah RM 29.90 sahaja. Jika nak beli buku Lancar Al-Aisar sahaja pulak harganya Cuma RM6.90 setiap satu (Al-Aisar 1 dan Al-Aisar 2).


  
Untuk buku Teks Al-Aisar, buku ini menyediakan satu kaedah yang sangat mudah serta sistematik untuk anak-anak belajar Bahasa Arab. Terdapat juga ilustrasi yang menarik. Anak-anak akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab serta struktur ayat ringkas yang biasa diguna dalam perbualan seharian.

Jangan risau kalau kita sebagai ibu bapa yang nak mengajar Bahasa Arab tapi tiada asas pembelajaran dalam Bahasa Arab. Kerana di setiap mukasurat buku ini, akan disertakan panduan ringkas sebagai rujukan ibu bapa.



Di setiap muka surat akan ada perkataan-perkataan baru yang diperkenalkan. Diselangselikan juga dengan ayat perbualan atau ayat penyata yang ringkas dalam Bahasa Arab. Dengan itu, selain belajar perkataan-perkataan Arab, anak-anak juga belajar membina ayat dan menuturkan perbualan ringkas dalam Bahasa Arab.

Untuk latihan pengukuhan tentang apa yang telah dipelajari pula, anak-anak boleh menggunakan buku Lancar Al-Aisar 1 dan 2.



Lebih menarik tentang buku ni adalah kerana ilustrasi bergambar di dalam buku. Dengan gambar yang menarik, anak-anak akan lebih mudah dan cepat untuk mengingati perkataan-perkataan baru yang dipelajarinya. Secara kesimpulan, buku ini boleh djadikan asas yang baik untuk anak-anak membiasakan diri dengan belajar Bahasa Arab.