Buku ini merupakan terbitan Al-Ameen Serve Holdings. Seperti
buku-buku terbitan Al-Ameen yang lain, satu2nya cara untuk mendapatkan buku ini
adalah dengan pembelian melalui pihak Al-Ameen itu sendiri. Boleh layari laman
web ameenbooks.com.my untuk seleksi buku terbitan mereka.
Harga buku ni hanyalah RM16.90. Boleh juga dibeli secara set
iaitu disertakan bersama buku Bahasa Arab – Lancar Al-Aisar 1 dan buku Bahasa
Arab – Lancar Al-Aisar 2. Harga set adalah RM 29.90 sahaja. Jika nak beli buku
Lancar Al-Aisar sahaja pulak harganya Cuma RM6.90 setiap satu (Al-Aisar 1 dan
Al-Aisar 2).
Untuk buku Teks Al-Aisar, buku ini menyediakan satu kaedah
yang sangat mudah serta sistematik untuk anak-anak belajar Bahasa Arab. Terdapat
juga ilustrasi yang menarik. Anak-anak akan diperkenalkan dengan
perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab serta struktur ayat ringkas yang biasa
diguna dalam perbualan seharian.
Jangan risau kalau kita sebagai ibu bapa yang nak mengajar Bahasa
Arab tapi tiada asas pembelajaran dalam Bahasa Arab. Kerana di setiap mukasurat
buku ini, akan disertakan panduan ringkas sebagai rujukan ibu bapa.
Di setiap muka surat akan ada perkataan-perkataan baru yang
diperkenalkan. Diselangselikan juga dengan ayat perbualan atau ayat penyata
yang ringkas dalam Bahasa Arab. Dengan itu, selain belajar perkataan-perkataan
Arab, anak-anak juga belajar membina ayat dan menuturkan perbualan ringkas
dalam Bahasa Arab.
Untuk latihan pengukuhan tentang apa yang telah dipelajari
pula, anak-anak boleh menggunakan buku Lancar Al-Aisar 1 dan 2.
Lebih menarik tentang buku ni adalah kerana ilustrasi
bergambar di dalam buku. Dengan gambar yang menarik, anak-anak akan lebih mudah
dan cepat untuk mengingati perkataan-perkataan baru yang dipelajarinya. Secara
kesimpulan, buku ini boleh djadikan asas yang baik untuk anak-anak membiasakan
diri dengan belajar Bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment