Saya beli buku ni dah lama jugak. Dari 6 buah tinggal 5 buah je. Entah mana lagi satu menghilang.
Buku ni ada 2 kategori iaitu Math Smart dan English Smart. Buku ni lebih kurang macam nak tarik minat anak kita untuk belajar Math dan dalam masa yang sama jugak practise reading in English. Math dia pun simple je. Cuma kira-kira biasa je. One, two three gitu jer. Kira macam nak ajar anak mengira and kenal perkataan nombor in English.
Sentences dalam buku ni pun mudah sangat. Kebanyakan perkataan adalah sight words yang anak kita biasa guna atau lihat. Kalau anak-anak adalah reader buku Peter and Jane atau mana-mana buku yang gunapakai method sight word tu rasanya memang mudah sangat untuk mereka baca buku ni jugak.
Gambar pulak, kalau dah penuh warna warni tuh memang sangat menarik la kan. Untuk setiap page ada satu ayat je. Jadi memang sesuai sangat la untuk anak-anak yang baru belajar reading.
Sebenarnya nak reading ni pun ikut kebolehan anak masing-masing jugak. Dan jugak kesedaran parents itu sendiri. Ada yang anak-anak umur 3 tahun mak ayah dah start beli macam-macam buku untuk anak-anak baca. Saya sendiri bermula dari anak saya umur 5 tahun. Dia start tadika pun dari umur 5 tahun. Tapi Alhamdulillah dia jenis yang agak cepat jugak boleh membaca. Walaupun tak pernah sekolah sebelum tu dan tak pernah diajar membaca sebelum tu tapi sebaik saja masuk sekolah saya mula buat carian di internet tentang ajar anak-anak membaca dan buku-buku yang sesuai. Dan lepas 6 bulan sekolah dia dah mula boleh membaca in Bahasa dan jugak English.
Berbalik pada buku ni, macam yang saya bagitau tadi, kalau anak-anak adalah reader Peter and Jane rasanya mereka memang boleh baca buku ni. Jadi, boleh la jadikan buku ni bahan bacaan tambahan untuk anak-anak.
Kalau ikutkan saya beli buku ni dulu sebelum Peter and Jane. Sebab saya rasa buku ni macam menarik sangat. Tapi anak saya cuma tengok-tengok gambar je sebab masa tu dia belum pandai reading. Bila dah mula kenal buku Peter and Jane dan Read Easy baru saya notice yang dia dah boleh baca buku ni. Kalau pun perkataan tu dia tak pernah jumpa dalam Peter and Jane Book still dia boleh guna Phonic method yang dia belajar melalui Read Easy untuk pronounce word dalam buku ni.
Oh, buku ni jugak ada perkenalkan warna-warna asas seperti blue, red, orange dan lain-lain. Jadi, selain belajar simple sentences in English and simple Math, anak-anak juga akan belajar kenal warna in English. :)