Ini merupakan antara buku yang digunapakai di sekolah tadika Genius Aulad untuk english reading session. Buku ini terbitan Lemon Tree Academy Sdn Bhd dan juga Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd.
Siri buku ini terdiri daripada 12 tajuk utama yang menampilkan watak utama adik beradik Adam and Dina. Konsep buku ni sebenarnya serupa dengan buku Peter and Jane iaitu word recognition and word repetition. Pengenalan perkataan baru dan ulangan perkataan dalam konteks ayat yang berbeza untuk menambah kosa kata anak-anak. Siri buku ini bertujuan untuk develop vocabulary anak-anak, memperkenalkan high frequency words in the english language dan memperkenalkan simple sentence structure.
Jika buku Peter and Jane ada watak anjing bernama Pat, buku ini pula memperkenalkan watak kucing iaitu Kitty. Buku ini sebenarnya ditulis untuk disesuaikan dengan masyarakat melayu islam khususnya. Disebabkan itu antara paparan kisah yang ditampilkan adalah the family go to pray. Tambahan pula seperti yang sedia maklum, walaupun Genius Aulad mempraktikkan english medium, tadika ini juga merupakan Islamic kindergarten.
Seperti kebanyakkan buku berkonsepkan sight words yang lain, buku ini juga dimulakan dengan ayat berstruktur ringkas ke ayat yang lebih kompleks. Setiap tajuk akan memaparkan kisah-kisah tertentu seperti Our Happy Home, I Like to Play, At the Park, Come with Us to the Zoo dan lain-lain. Buku ini juga diselangselikan dengan gambar hitam putih. Sebenarnya, buku ini boleh dijadikan coloring book juga, kerana itu gambar yang dipaparkan adalah dalam bentuk black and white.
Bagi parents yang anaknya bersekolah di Genius Aulad, boleh lah mengadakan reading session yang menarik menggunakan buku ini bersama anak anda. Sekiranya anda tidak menggunakan buku Peter and Jane dan mahu mengguna sistem word recognition untuk ajar anak reading, buku ini merupakan alternatif terbaik. Happy reading everyone :)